mylovely sweetheart

mylovely sweetheart
saat bahagia,,

Tuesday, January 10, 2012

Copy Dr Iluvislam.com...(Renungan Untuk Diri Sendiri),,,,Insya"Allah..

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sempurna auratku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku perlengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Agar dapat membezakan
Antara yang benar dan salah

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku hadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku menjaga diriku
Agar terhindar dari fitnah manusia

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku sayangkan suamiku
Dan aku tak mahu suamiku terhumban
Ke neraka jahanam kerana diriku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku

Aku tak mahu suamiku berdosa..

Thursday, January 5, 2012

20 Tips Amalan Romantik Suami Isteri....(hopEfULLy DijAdikan AmalaN HinGGa AkHir HayAt)

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.
Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH.
Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada istrinya. Setiap hari Suami yang baik kepada istrinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya).”
Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, ” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”.
Nabi SAW menjawab, “Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya.
Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTRI.
Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya…
Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
Rasulullah SAW bersabda : “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para istrinya.” (HR Tirmidzi)

Wednesday, December 28, 2011

Perasaan ini,,,,(*^_^) (^_^)

Dear hubby,,,,

jangan pernah segan menegurku bila aku salah di matamu kerana sungguh Allah membentuk hatiku dari daging yang paling lembut agar ku mudah tersentuh dengan segala nasihat... Mataku begitu mudah menangis dengan sentuhan yg sedikit saja namun ingatlah... Aku hawa dari tulang rusukmu yang paling bengkok maka fitrahku memang untuk bengkok.. Maka jgn memaksa untuk meluruskanku kerana kau akan menemukanku patah... Sekali ku patah tak akan mampu kau sambung lagi namun, jangan pula membiarkanku terus dlm bengkok....

yg ikhlas isterimu,,,,,

hubby,,
makin dekat hari utk kita menyambut kelahiran permata hati kita
makin mendalam perasaan sayang,cinta,rindu,kasih,segala nya la dekat b,,,
bila semua perasaan ni makin mencengkam,,,syg akan menangis b,,,
syg nk b sntiasa ada d cc syg,,,tp phm,,,
belum tiba masanya kan,,,,

Hubby,,
moga perasaan ini berpanjangan hingga akhir nanti,,,

YA ALLAH,,,AK PANJATKAN KESYUKURAN KEPADAMU
KERANA KAU MEMBERI AKU PELUANG UNTUK MENIKMATI PERASAAN INI
KEPADA YANG HALAL BAGIKU,,,
BERKATILAH SEGALA APA YANG KAMI LAKUKAN,,,AMIN,,,,

Tuesday, December 27, 2011

Insya"Allah,,,,menjadi amalan,,,,amin....

1) Selesai solat fardhu yang lima
2) Sesudah ambil wudhu'
3) Ketika sujud
4) Sebelum salam pertama dalam solat
5) Di akhir surah al-Fatihah
6) Di tenggah malam 2/3 malam
7) Ketika hujan lebat
8) Di antara 2 khutbah (Jumaat)
9) Hari Jumaat selepas asar
10)Selepas azan
11)Di antara azan & iqamah
12)Selepas selasai baca Quraan
13)Ketika bermusafir
14)Di bulan Ramadhan
15)Pada Malam Lailatul Qadar

Renungan Kite bersama yer HUbby,,,,:)

Untuk suamiku tersayang…

Ketika akad itu telah terucap ada sebuah amanah baru yg harus kita tanggung bersama amanah sebagai seorang isteri dan suami.

Sebuah perjanjian yang telah terikrar tidak hanya di hadapan penghulu dan orang-orang namun perjanjian yang disaksikan para malaikat dan Allah pun memberikan amanah kita untuk menjaga perjanjian suci tersebut. Ada yg perlu kita perjuangkan bersama-sama mewujudkan keluarga yg sakinah, mawadah, warahmah keluarga yg sentiasa berada dalam keberkatan Allah.

Dalam usia pernikahan yang masih sangat baru, ibarat akan memasuki sebuah rumah, kini kita baru menginjakkan kaki di halaman rumah tersebut kita belum sampai di lantainya, apalagi di dalam rumah tujuan kita tersebut masih banyak langkah yang harus kita hayunkan untuk sampai ke dalam rumah tersebut masih banyak hal yang harus kita lalui untuk sampai pada tujuan kita.

Mungkin akan ada banyak godaan dan ujian sebelum kaki ini menapaki lantai rumah itu untuk kemudian masuk ke dalam rumah tersebut seperti roda kehidupan yg kadang di atas kadang di bawah bahawa pernikahan tidak selamanya indah, akan ada masa suka dan duka yg datang silih berganti begitupun dengan kehidupan rumah tangga kita, akan ada cubaan yang harus kita lalui ujian dari Allah untuk membuat kita semakin baik ke hadapannya agar kita semakin dewasa dan bijak menghadapi pelbagai permasalahan.

Jangan sampai ujian-ujian tersebut menjadikan kita mundur ke belakang jangan sampai godaan membuat kita mengingkari amanah dari Allah jangan sampai membiarkan syaitan ketawa melihat kita, ketika nafsu telah mengacaukan perjanjian suci tersebut dan semoga cubaan itu tidak akan membuat kita terpisah.

Hanya dengan memohon petunjuk dan pertolongan-Nya, kita mampu mengatasi segala cubaan-Nya kerana tidak ada cubaan yg diberikan-Nya melebihi kemampuan kita dan pasti selalu ada hikmah di sebalik semua ujian yg kita alami senario-Nya pasti adalah yg terbaik begitupun dengan senario-Nya menyatukan kita dalam sebuah ikatan pernikahan engkau adalah yg terbaik buatku, begitupun diri ini adalah yg terbaik buatmu apapun keadaan pasangan kita, ada sisi-sisi kebaikan disana sehingga Allah menjodohkan kita dalam ikatan pernikahan semoga dengan pernikahan ini, Allah bukakan pintu-pintu kebaikan.

Allah telah memandang pernikahan sebagai sebuah ikatan yang sangat tinggi dan suci mitsaqan ghalizha kita dituntut harus menjaga kehormatan pernikahan ini kerana ada kesetiaan yang harus dirawat atas perjanjian suci tersebut tidak hanya kesetiaan pada teman hidup yang telah ikhlas mencintai tapi lebih dari itu, ada kesetiaan kita pada Allah sebab ketika menikah kita telah mengambil amanah dari-Nya...

Semoga Allah berikan kekuatan dan kesabaran kita hadapi semua cubaan-Nya semoga Allah kekalkan ikatan kasih sayang kita sampai hayat memisahkan semoga Allah memperbaiki hati dan perilaku kita semoga Allah sentiasa menyatukan kita dalam kebaikan dan semoga Allah memanggil kita beserta keturunan kita seperti janji dlm Az-Zuhruf: 70 “Dan masuklah ke syurga bersama isteri kamu untuk digembirakan”

Wednesday, December 21, 2011

lovely lirik,,,(*^_^)

Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta
Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu
Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu
Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti
Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih
Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu
Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti
Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih

~~sweet kn lagu nih,,,1st time time tu en asben nyanyi,,,rs syahdu sgt2x,,,
rupa2x dah lame dah lagu ni de kt radio,,,,
tp lain la kan kalau org yg kite sgt syg nyanyi,,,hehehe

Tuesday, December 20, 2011

Condition my Baby,,,:)

Semalam,,,,ak g checkup,,,n kandungan ak dh masuk 28weeks
means genap 7 bulan usia kandungan ak,,,
n mcm biasa asben kesayangan yg teman kn ak,,,thanx a lot hubby,,,:)

seb baik la checkup smlm x ramai org,,,
berat ok,,naik 2 kilo tu so skrg ni berat ak 48kg,,,
tekanan darah pn ok juz kepekatan darah je trun,,,,:(
nurse suh kerap mkn ubt n amik makann yg leh wat darah normal....
ak bukn xnk mkn ubt yg klinik bg tu tp bila nk buang air bau nyew ak sndr x tahan lol!..
TP ak kene PAKSA gak mkn ubt tu,,,ni utk bby ak gak,,,
chaiyok2x akma,,,

Checkup kali ni gak ak kne injection kancing gg,,,
n nurse tu pn ckp lepas kene enjit tangan mmg sengal 2,3 hr...so betul la,,,adoyai,,,
skrg ni tgh type mmg tgh sengal,,:(
xpe2x ni utk protection gak,,,

lepas mkn tgh hari ade deal appoinment ngan doktor plak,,,
Alhamdulillah kedudukan uri normal,,,
n degupan jantung bby pn normal,,,
rs teruja sgt dpt tgk jantung die yg tecit tu berdegup,,,:)
ibu harap bby sentiasa aktif tau kt dalam perut ibu,,,

dah settle sume,,,ak g survey baju bby kt mydin,,
kene pandai pilih,,,kalau x rugi byk la,,sbb skrg ni org meniaga makin licik
baju n seluar bby diasingkan,,,hrga jgn ckp la,,,
tp ak de beli gak sepasang baju,,,org ckp kalau utk n/born jgn beli byk
bby cpt membesarkan,,,so beli mana yg perlu jew,,
next month br beli lagi n list keperluan ak dh tunjuk kt hubby,,,huhu

oklah,,,smpai kt cni coretan ak,,,mana tau petng nanti idea datang lg nk menulis,,
wtever pn ak appy sgt smlm even penat ngan cara ni la
ak leh manja lebih ckit ngan hubby,,nk pe je leh dpt,,tp agak2x la kan...
kne budget gak,,,